Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia
Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?
Murid bermasalah penglihatan
Murid bermasalah pendengaran
Murid bermasalah pembelajaran
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982).
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980).
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
merupakan suatu program pendidikan bagi murid berkeperluanpendidikan khas (MBK) yang hanya dihadiri
oleh MBK di kelas khas di sekolah Kerajaanatau sekolah bantuan kerajaan ( KPM 2013)
Sindrom Down disebabkan kelainan
pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat
didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik
yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46
kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom
Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3
kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini
boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
APAKAH YANG MENYEBABKAN
SINDROM DOWN ?
Bagi ibu-ibu yang berumur 35
tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan
kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom
yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara
mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna.
Di kalangan 5%
lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan
"Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan
genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu
23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku
pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down
disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".
APAKAH CIRI-CIRI SINDROM DOWN ?
Kanak-kanak Sindrom Down
mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik :
Sifat pada kepala, muka dan
leher
Mereka mempunyai iras muka yang
hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara
2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan
saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi
lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya
lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak
pendek.
Sifat pada tangan dan lengan
Sifat-sifat yang jelas pada
tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking
membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan
urat dinamakan "simian crease".
Sifat pada kaki
Kaki agak pendek dan jarak di
antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.
Sifat pada otot
Kanak-kanak Sindrom Down
mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi
masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
Gambar menunjukkan beberapa contoh kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down.
MASALAH-MASALAH YANG BERKAITAN
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin
mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan
usus.
Masalah jantung
Masalah jantung yang paling kerap
berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu
jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal
Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah
lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis /
PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang
jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.
Masalah usus
Masalah usus biasanya dikesan
semasa awal kelahiran seperti:
a. Salur esofagus yang tidak
terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu
esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi
mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat
kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru
lahir.
b. Salur usus kecil duodenum yang
tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease".
Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.
Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran
di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.
c. Salur usus rectum atau
bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau
penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini
disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi
akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana
perut membuncit dan susah untuk buang air besar.
Masalah perubatan yang lain
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin
mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini
berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down
mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih
menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya
berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka
mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.
Masalah perkembangan
pembelajaran
Kanak-kanak Sindrom Down secara
keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada
peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek
perkembangan iaitu lambat
untuk berjalan, perkembangan
motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan
menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat
periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang
lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.
APAKAH KAITAN USIA IBU BAPA DENGAN SINDROM DOWN ?
Terdapat satu perkaitan antara
usia ibu yang lanjut dengan Sindrom Down :Umur ibu Risiko mendapat anak Sindrom
Down 25 1:1500 30 1:1000
35 1:360
40 1:100
45 1:50
Tiada kaitan Sindrom Down dengan
usia bapa setakat ini.
APAKAH PUNCA KEMATIAN KANAK_KANAK SINDROM DOWN ?
Kadar kematian kanak-kanak
Sindrom Down adalah paling tinggi pada umur 2 tahun yang pertama. Punca
kematian yang paling ketara ialah akibat penyakit jantung kongenital dan sistem
pernafasan.Lebih kurang 40-60% kanak-kanak Sindrom Down berpenyakit jantung
kongenital dapat hidup hingga umur 10 tahun. Tanpa penyakit kardiak, jangka
umur hidup mereka ialah 40 tahun.Lain-lain penyakit serius termasuk dislokasi
atlantoaksial (tulang belakang di antara rangka kepala dengan leher) khususnya
dengan aktiviti sukan yang cergas dan menyebabkan lumpuh akibat saraf tunjang
tertekan. Penyakit leukemia juga meragut nyawa sebanyak 5% daripada kanak-kanak
Sindrom Down.
BOLEHKAH KANAK-KANAK SINDROM DOWN DAPAT HIDUP BERDIKARI ?
Kebolehan kanak-kanak Sindrom
Down amat berbeza, daripada yang cukup serba boleh kepada yang terencat serius.
Oleh yang demikian, kebolehan setiap kanak-kanak Sindrom Down harus ditentukan
secara kes demi kes. Kebanyakkan kanak-kanak Sindrom Down dapat hidup
berdikari, kalau mereka mendapat sokongan dan peluang yang mencukupi. Mereka
seperti manusia lain, juga perlu mengatasi masalah kehidupan sehariannya.
Mereka juga harus diberi segala kasih sayang dan kepercayaan yang ibu bapa dan
kakitangan perubatan sanggup berikan, untuk membolehkan mereka terus berkembang
maju.
BAGAIMANAKAH SUASANA MEMBESARKAN KANAK-KANAK SD ?
-Suasana persekitaran penting,
membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat
merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
-Alat permainan perlu sesuai teknik
pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
-Kanak-kanak SD perlu berasa
selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu
membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
-Disiplin perlu diterap pada usia
awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
-Perlu beri pujian kepada setiap
kecermerlangan dicapai.
APAKAH LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK SD BERTUTUR ?
-Adakan kegiatan atau permainan
bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
-Cuba dapatkan perhatian sebelum
bercakap dengan mereka.
-Jangan terlalu banyak bertanya.
Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
-Guna ayat pendek dan bahasa
mudah difahami.
-Sambil bertutur, buat aksi atau
lakonan.
-Latihan berterusan.
-Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka
masih segar dan aktif.
-Tumpu kepada satu perkara. Beri
masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
-Guna setiap peluang, berinteraksi
dengan mereka.
-Selalu beri tindak-balas kepada
setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
-Cara terbaik kanak-kanak SD
mempelajari perkara baru, melalui boneka.
-Pilih alat permainan sesuai
tahap perkembangan kanak-kanak.
-Sedia bahan sampingan untuk
permainan khayalan.
-Jangan terlalu memaksa mereka
melakukan sesuatu.
-Boneka pilihan atau kesayangan,
dapat dijadikan pendorong.
-Apabila kanak-kanak SD boleh
bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
-Jangan biar kanak-kanak SD
bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada
rakan.
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu
"DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu
penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya
dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah
seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia
merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis
walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai
Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang
yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai
keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang,
dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap
orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain
dengan disleksia.
Selain itu, terdapat juga perkataan lain yang berkaitan dengan
disleksia. Antaranya ialah :-
i. Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang
bermasalah dalam pengiraan ataupun Matematik.
Gambar 1 : Kanak-kanak yang sukar untuk mengira
ii. Dysgraphia (Disgrafia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang
bermasalah dalam bahasa. Gambar 2 : Contoh tulisan kanak-kanak dysgrafia
iii. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seseorang disleksis yang bermasalah dalam
koordinasi motor mata dan tangan.
iv. Apraksia iaitu seorang murid yang mengalami masalah dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, kanak-kanak lelaki lebih banyak
menghidap disleksia berbanding kanak-kanak perempuan. Dalam laporan
Kementerian Kesihatan Malaysia 2009, dianggarkan 4-8% pelajar sekolah
mengalami masalah pembelajaran disleksia.
Kesimpulannya, disleksia merupakan satu jenis gangguan atau
kecelaruan dalam sistem otak yang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk
mengeja, membaca, mengira dan menulis.
CIRI-CIRI DSLEKSIA
Kebiasaannya disleksia dapat dikenalpasti pada peringkat awal persekolahan
mereka. Ciri-ciri kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada dua peringkat
iaitu pada peringkat prasekolah dan peringkat sekolah rendah (6-12 tahun).
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mempunyai kemahiran
bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan. Mereka sangat suka
mengganti perkataan semasa bercakap dan tidak suka duduk diam.
Kanak-kanak
ini juga mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah.
Mereka tidak boleh mengikat tali kasut dengan betul. Mereka sangat sukar
untuk mengimbangkan badan mereka dan kadang-kadang mereka mudah
terjatuh semasa menaiki tangga. Kanak-kanak disleksia juga sangat suka
mengganti perkataan dengan perkataan lain serta hiperaktif.
Kanak-kanak ini seringkali terlupa kepada nama-nama benda atau
matapelajaran yang dipelajari di sekolah. Oleh sebab yang demikian, murid
disleksia dianggap “bodoh” oleh sesetengah guru kerana mereka sukar
mengingati benda-benda yang diajar oleh guru. Kesukaran mengingat ini
terjadi kerana kecelaruan sistem dan fungsi pada otak dan menyebabkan
murid disleksia seringkali ketinggalan dalam mata pelajaran.
Namun begitu,
kanak-kanak disleksia mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan
berminat terhadap perkara-perkara baru. Mereka sangat suka bertanya
banyak soalan kerana berminat untuk mengetahui sesuatu perkara.
Kanak-kanak disleksia sekolah rendah pula terbahagi kepada dua peringkat
iaitu :-
i) 6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka
menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
ii) 9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah
Menengah
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan
yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
(i) Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat
dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.
Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar
untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat
abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan
adalah secara terbalik. Sebagai contoh, mereka
keliru dengan huruf b – d, c – e, j – g, p – q, m – w,
dan m – n.
(ii) Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad,
menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan
dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi
menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang
tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.
Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.
Sebagai contoh, mereke keliru dengan bunyi huruf
seperti h – s, m – n, f – s, b – d, b – p, j – g dan t – d.
(iii) Disleksia visual (auditori)
Disleksia jenis ini merupakan disleksia yang paling
teruk kerana melibatkan kedua-dua deria iaitu deria
penglihatan dan pendengaran. Ia melibatkan
kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini
disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan
secara visual dan audio.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford
dan Grosser (1996), antara punca-punya terjadinya disleksia ialah
melibatkan tiga faktor iaitu keturunan atau genetik, biologi dan
kematangan.
i) Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang
mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini
boleh diwarisi yang membezakan adalah tahap keterukkannya.
Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia
disebabkan oleh kromosom 15,1 dan 16 yang boleh diperturunkan
secara turun temurun.
ii) Biologi
Pada kebiasaannya, sejarah kanak-kanak disleksia semasa
dilahirkan adalah tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa
dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini
menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan kepada
perkembangan mereka. Sebahagian daripada kerosakan otak
akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar
dan kerosakan ini adalah minimum.
iii) Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian
tertentu dalam sistem saraf mereka. Pada kebiasaannya kanakkanak
lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan.
Kelewatan kematangan pada kanak-kanak ini merupakan salah
satu kemungkinan punca terjadinya disleksia.
Menurut Rourke (1991), kanak-kanak yang mengalami disleksia
mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang
fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami
kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak
disleksia beroperasi secara berbeza berbanding kanak-kanak normal yang
lain.
Menurut Galaburda dan Tallal (1991), sistem pemprosesan auditori dan
visual pada otak individu yang mengalami disleksia selalunya lebih kecil
sebanyak 27 % berbanding dengan individu normal.
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran
atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.
b) Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin
berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
c) Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa
bakat atau kebolehan semulajadi
d) Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya
kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
e) Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli
persatuan sokongan ibu bapa
f) Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum
memasuki tadika.
g) Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam
mengekalkan suasana harmoni
h) Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam
bidang akademik
i) Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk
mengenal identiti sendiri
j) Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian
contohnya bagus, pandai