Tentang Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 



Bahagian ini menceritakan biodata saya. Nama saya senang sahaja, senang untuk ingat dan hafal. Nama yang diberi ialah Noradibah Binti Ibrahim, berumur 22 tahun, berasal dari Teluk Intan, Perak. Tempat belajar saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas). Sekarang ini saya sudah tahun 2 semester 4 belajar di UKM dan hendak bergraduasi lagi 2 tahun. 

Mengenai hobi saya suka menonton televisyen ataupun melayari internet, walaupun seperti biase hobi saya tapi itulah diri saya. Mengenai latar belakang pendidikan pula, sekolah yang mula-mula saya masuk ialah Taski Abim dari 5 tahun hingga 6 tahun, Sekolah Rendah Chikus dari darjah 1 sehingga darjah 2, Sekolah Rendah Sungai Tungku dari darjah 3 hingga darjah 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak dari tingkatan 1 sehinggalah saya tingkatan 6 atas, dan selepas itu saya melanjutkan pelajaran ke UKM pula sehinggalah sekarang. 

Mengenai kursus yang saya ambil di UKM ini ialah major Masalah Pembelajaran dan minor Geografi. saya bakal mengajar ahli-ahli syurga, menarik kan ? Kalau ingin mengetahui lebih siapa ahli-ahli syurga itu terokailah blog saya yang baru setahun jagung ini.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan